Sudah kerja sini nampaknya masih tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan iaitu Anthony Taylor.

Menurut mereka prestasi tidak memuaskan Anthony Taylor dalam aksi final telah menjadi antara sebab mengapa mereka tertewas di tangan Arsenal.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa Anthony Taylor perlu dipilih untuk mengadili perlawanan final sekali lagi melibatkan kedua dua pasukan.

Taylor menjadi pengetua pertama di dalam sejarah pertandingan untuk mengadili dua perlawanan akhir Piala FA.

Anthony Taylor memberikan penalti kontroversi kepada Arsenal. Dan kemudian membuang padang Kovacic.

Taylor juga dianggap buta kerana tidak memberikan handball kepada Emi Martinez yang menurut penyokong Chelsea menangkap bola di luar kotak penalti.

Nama Anthony Taylor telah menjadi trending. Gara gara penyokong Chelsea tak berpuas hati dengan beliau.

IMG_20200802_125359

Penyokong Chelsea menganggap Taylor sebagai perosak kepada aksi final tersebut.

Mereka mendakwa prestasi Taylor sebagai antara yang paling teruk pernah disaksikan.

IMG_20200802_125439

Pengurus Chelsea, Frank Lampard pula berpendapat, beliau menerima penalti yang diberikan.

Namun Lampard tak dapat menerima Kovacic dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Lampard malah menyatakan bahawa mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana melonggarkan rentak permainan selepas menjaringkan gol.

Chelsea tewas di tangan Arsenal dalam aksi final meskipun mendahului seawal minit ke-5.

Dua gol oleh Pierre-Emerick Aubameyang memastikan akan berjaya menjulang Piala FA ke-14 di dalam sejarah mereka.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Arsenal Julang Piala FA Selepas Kebangkitan Ke Atas Chelsea

RASMI: Pirlo Jadi Jurulatih Skuad Pembangunan Juventus

Ozil Tak Akan Sertai Skuad Final Piala FA Arsenal

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group