“Ini adalah antara benda paling teruk di antara banyak lagi keputusan teruk dibuat oleh lembaga pengarah ketika ini,” tegas seorang penyokong Barcelona di media sosial.

Banyak lagi komen negatif dan memaki hamun pengurusan tertinggi. Ini apabila kelab mengumumkan bahawa Arthur Melo akhirnya sah menjadi milik Juventus.

Sebelum ini berita itu sudah tersebar luas, oleh media di Itali. Namun ramai peminat Barcelona percaya itu cuma khabar angin.

Hal ini kerana Arthur – pemain yang digelar ‘The Next Xavi’ – menyatakan beliau hanya mahu kekal di Barcelona.

Para peminat Barcelona sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

barc

Ada juga yang meramalkan Arthur Melo akan menjadi seperti Thiago Alcantara, di mana Barcelona akan menyesali perpindahan itu nanti.

Barcelona setuju menjual Arthur dengan nilai €72 juta. Dan perjanjian itu dikatakan turut melibatkan Miralem Pjanic.

Barca dalam kenyataannya berkata: “FC Barcelona dan Juventus FC telah mencapai kesepakatan untuk perpindahan pemain Arthur Melo. Kelab Itali itu akan membayar yuran €72 juta, plus €10 juta dalam bentuk bonus-bonus.”

“Pemain akan tetap kekal di FC Barcelona sehingga kompetisi 2019/2020 berakhir secara rasmi.”

Pjanic turut akan terus kekal di Juventus sehingga musim ini berakhir. Dan Barcelona sudah mengumumkan perkara itu sebaik sahaja pengumuman Arthur.

Barca dijangka membayar €60 juta untuk pemain tengah itu.

Arthur dibeli Barca dari Gremino dengan nilai €31 juta pada musim panas 2018.

Beliau sudah membuat 82 penampilan untuk Blaugrana dan menjadi pemain kebangsaan negaranya.

Apa kata peminat Barcelona di Malaysia? Kongsikan pandangan anda.

Baca juga perkembangan lain

Roy Keane Tak Yakin Man United Akan Mampu Mencabar Kejuaraan Musim Depan

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

Jaringan Lewat Masa Tambahan Maguire Hantar United Ke Wembley

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group