Semalam merupakan aksi terakhir Hadi Fayyadh bersama kelab J3 League, Azul Claro Numazu kerana beliau akan pulang ke Malaysia untuk menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun kebangsaan bagi menghadapi saingan Sukan SEA dan Piala Asia B-23.

Hadi tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan Emperors Cup Shizuoka Pref menentang Fujieda City Hall dimana pasukannya mencatat kemenangan 1-0.

Lebih mengharukan, para penyokong Azul Claro turut mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada Hadi Fayyadh yang akan kembali menyarung jersi negara.

Hadi sebelum ini mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang turun beraksi secara rasmi dalam saingan J.League

Berdasarkan rekod rasmi yang dikeluarkan oleh J.League Data Stats, Hadi Fayyadh kini memiliki 6 minit permainan dalam liga bola sepak profesional Jepun selepas mengumumkan ketibaan beliau bersama Fagiano Okayama sekitar bulan Disember 2018 yang lalu.

Ia adalah saat yang paling mengembirakan bagi dirinya selepas begitu lama selain turut mengalami kecederaan serius dimana beliau tersisih selama beberapa bulan.

Penampilan Hadi dalam perlawanan itu menjadi semangat tambahan buatnya untuk pamerkan aksi yang lebih baik ketika mewakili skuad Malaysia B-23 di peringkat antarabangsa bulan depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Hadi Fayyadh melalui pautan dibawah.

Hadi Fayyadh Mahu Fokus Proses Pemulihan Kecederaan Lutut

Hadi Fayyadh Kembali Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-23

Hiroshi Hamada Anggap Mental Hadi Fayyadh Kuat Walaupun Selalu Dikritik