Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bola sepak Indonesia terus memakan korban jiwa apabila baru-baru ini seramai 127 orang dilaporkan meninggal dunia setelah penyokong Arema merusuh di dalam stadium.

Artikel Berkaitan:

Arema turun menentang musuh tradisi iaitu Persebaya Surabaya di laman sendiri dan mereka tewas dengan keputusan 3-2 sekaligus menjadi kekalahan pertama Arema di Stadium Kanjuruhan ke atas rival mereka itu dalam tempoh masa 23 tahun.

Selepas tamat perlawanan, peminat kelab Malang itu nyata sukar untuk menerima kekalahan dimana sebahagian besar dari mereka mula memasuki padang dengan merosakkan dua kereta polis selain kerusi serta pagar stadium.

Menurut tinjauan di sosial media, kebanyakkan mangsa yang terkorban terhidu asap hasil daripada tembakan gas pemedih mata yang dilancarkan oleh pihak berkuasa yang bertugas di stadium.

Setelah keadaan menjadi tidak terkawal ekoran terlalu ramai penyokong yang memasuki padang, pihak polis menggunakan gas pemedih mata nagi meleraikan penyokong yang membuat onar.

“127 orang telah meninggal dimana dua daripadanya adalah anggota polis,” kata Irjen Nico Afinta kepada wartawan di balai polis Malang.

Menurut media tempatan, 34 korban meninggal di dalam stadium manakala 93 lagi korban meninggal di hospital ketika menerima rawatan.