Bekas pemain skuad kebangsaan, Khalid Ali berpendapat posisi penyerang utama pasukan negara bagi menghadapi peringkat kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tidak cukup bagus.

Menurut Khalid, meskipun kemampuan Timor Leste berasa satu tahap di bawah pasukan negara, namun ancaman yang bakal diberikan pasukan itu tidak seharusnya dipandang ringan.

khalid-ali
Sumber Gambar: Football Tribe

“Saya lihat setakat ini tiada penyerang yang berkualiti sekaligus membayangkan kemungkinan agak sukar untuk menewaskan Timor Leste.

“Jika ada penyerang pun, mereka ini jarang bermain untuk pasukan masing-masing dan ada antara mereka hanya memanaskan bangku simpanan saja. Jadi untuk meledak gol pada perlawanan nanti mungkin sukar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Bagi posisi penyerang utama, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil dua pemain iaitu penyerang Perak, Shahrel Fikri Fauzi dan penyerang Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad.

shahrel fikri

Dalam saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pemain menampilkan persembahan yang baik.

Syafiq dan Shahrel masing-masing telah menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super musim ini.