Penyerang UAE, Sultan Saif bersama isteri serta anaknya dilaporkan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada hari khamis lepas.

Perkembangan itu disahkan oleh dua kelab yang pernah diwakili oleh pemain yang berusia 27 tahun itu iaitu Al Wahda dan Baniyas FC melalui satu kenyataan di media sosial. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan daripada gulf news, Sultan Saif ketika itu memandu kenderaan bersama keluarganya dan beliau telah terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah trak di Abu Dhabi.

Anaknya maut di tempat kejadian manakala isterinya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

https://twitter.com/alshortsapp/status/1317119357424701442

Sultan Saif memulakan kerjaya bola sepaknya di Akademi Bola Sepak Al Wahda dan pernah beraksi untuk Baniyas dan Kalba. Ketika menyertai Al Falah, beliau merupakan penjaring terbanyak liga divisyen 2 UAE pada tahun lepas.

Beliau juga pernah mewakili skuad bawah 23 tahun UAE dalam Sukan Asia dan kejohanan AFC B-23. Beliau turut beraksi dalam beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa termasuk aksi persahabatan menentang Malaysia.

Bagaimanapun, Sultan Saif belum berpeluang untuk menyertai skuad senior bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Alexandre Gama Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Muangthong United

BG Pathum United Tunggu Kata Putus Dari Teerasil Dangda