Pasukan kebangsaan Thailand menghadapi masalah di bahagian serangan apabila tidak ramai penyerang yang mempunyai kualiti untuk menggantikan ketua pasukan, Teerasil Dangda dalam skuad senior.

Teerasil yang berusia 33 tahun masih lagi menjadi pilihan untuk mengisi posisi penyerang dalam kesebelasan utama dan perkara ini nyata merisaukan ramai pihak di negara itu.

Penyerang
Sumber Gambar: Kyodo News

Bekas pengendali skuad B-19 tahun Thailand, Somchai Chuayboonchum berpendapat masalah ini berpunca daripada pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League lebih gemar menggunakan pemain import di bahagian serangan.

“Saingan Thai League berkembang pesat sejak kebelakangan ini dan pasukan mahu meraih kejayaan dalam tempoh waktu yang singkat.

Perkara ini menyebabkan mereka lebih gemar untuk menggunakan khidmat pemain import di bahagian serangan dan penyerang Thailand telah dipinggirkan serta jarang mempunyai peluang,” kata Somchai.

Penyerang
Suphanat dicanang sebagai pengganti kepada Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Bao Giao Thong

Menurut Somchai, era Teerasil bersama pasukan kebangsaan sudah berakhir dan penyerang muda yang sedang meningkat naik, Suphanat Mueanta dilihat sebagai pengganti yang sesuai kepada pemain yang beraksi bersama Shimizu S-Pulse itu.

Teerasil telah membuat sebanyak 104 penampilan bersama skuad Gajah Perang sejak sedekad yabg lalu dan beliau telah menjaringkan sebanyak 45 gol sepanjang tempoh tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Rating Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Bersama Skuad Harimau Malaya

Pengarah Teknikal VFF Tidak Setuju Sambung Kontrak, Vietnam Hilang ‘Perancang’ Utama Generasi Emas