Demi persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula pada tahun depan, Persatuan Bola Sepak Uzbekistan (UFA) kelmarin telah mengumumkan barisan terkuat untuk aksi persahabatan menentang Malaysia serta Jordan pada 9 dan 12 Oktober ini.

Terdapat 10 pemain yang beraksi dengan kelab dari luar negara turut disenaraikan termasuk bintang A.S Roma, Eldor Shomurodov dan penyerang BATE Borisov, Shakhboz Umarov serta penyerang Sheriff Tiraspol, Jasur Yakhshiboev yang menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat aksi pemain Sheriff itu tidak dapat menjadi kenyataan apabila beliau terpaksa digugurkan dalam senarai skuad itu kerana mengalami kecederaan.

Tempatnya digantikan oleh pemain sayap Lokomotiv Tashkent, Aziz Amonov. Beliau merupakan muka baharu yang tidak pernah mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan sebelum ini.

Selain Aziz, Uzbekistan turut menyenaraikan empat muka baharu iaitu penjaga gol, Valijon Rahimov (AGMK), pemain pertahanan dari kelab Nasaf Qarshi, Dilshod Saitov serta dua penyerang muda, Shokhboz Umarov (BATE) dan Husain Norchaev (Nasaf Qarshi).

Ketua jurulatih Uzbekistan, Srecko Katanec kali ini membawa semua pemain yang berusia bawah 30 tahun dan mengugurkan beberapa pemain senior termasuk bekas pemain import Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov yang turut disenaraikan dalam skuad Kelayakan Piala Dunia 2022  pada bulan jun lalu.

Uzbekistan dijadualkan menentang skuad Harimau Malaya pada 9 Oktober 2021 pada pukul 11 malam waktu Malaysia di Stadium Antarabangsa Amman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Shahrul Nizam Gagal Lapor Diri Kerana Turun Ke Laut

Fayadh Zulkifli Amin Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi