Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Salah seorang daripada pemain kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dilaporkan positif coronavirus (COVID-19) menurut kenyataan daripada laman web rasmi kelab tersebut.

Beliau juga merupakan pemain yang pertama Liga Indonesia dijangkiti wabak pandemik tersebut dan situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong setia Persib.

Pengarah Persib Bandung, Gleen Sugita mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan pemain tersebut kini sedang menjalani proses “kuarantin” dan dipantau oleh doktor pasukan.

“Ketika ini kami diberitahu salah seorang pemain kami didapati positif COVID-19. Kami meminta pemain tersebut dikuarantin di rumahnya sendiri,” kata Glen Sugita.

“Tidak hanya itu, kami juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk membantu mereka mengesan punca penularan wabak itu,” tambahnya.

Difahamkan pemain yang dimaksudkan tersebut ialah pemain import dari Brazil, Wander Luiz dan beliau dipercayai mendapat wabak tersebut ketika berada di Bali minggu lalu.

“Hello Bobotoh (penyokong Persib), Saya sudah melakukan ujian dan ianya positif. Tetapi saya rasa lebih baik, tiada simptom. Saya juga sedang mengikuti semua arahan, saya sedang kuarantin diri dan berharap semuanya akan kembali pulih.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Persib dan pasukan perubatan diatas segala sokongan,” tulisnya melalui laman instagram.

Sementara itu, Doktor pasukan, M. Raffi Ghani menjelaskan keadaan pemain tersebut masih stabil dan beliau akan terus memantau tahap kesihatannya.

“Setelah diketahui positif, kami selaku doktor pasukan  meminta dia untuk melakukan kuarantin di rumah sendiri dan akan kami terus pantau keadaan kesihatannya,” katanya.

Menurut Jakarta Globe, kes COVID-19 di Indonesia dilihat semakin menaik daripada 60 sehingga 369 kes sehari. Juru bicara pemerintah COVID-19 Indonesia, Achmad Yurianto menjangkakan jumlah kes di negara tersebut akan meningkat sehingga 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

Akira Nishino Dibenarkan Pantau Sesi Latihan Pemain Bersama Kelab

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group