Kelab Bola Sepak Penang (PFC) semalam mengesahkan mereka telah menandatangani penyerang import dari Lubnan, Hilal El-Helwe untuk mengisi kuota pemain Asia dalam saingan Liga Malaysia musim 2022.

Hilal bukan calang-calang pemain kerana beliau merupakan tonggak skuad kebangsaan Lubnan yang beraksi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan pernah mewakili negaranya dalam Piala Asia 2019.

Beliau menjaringkan dua gol menentang Korea Utara dalam Piala Asia AFC 2019, membantu Lubnan memenangi perlawanan pertama mereka dalam pertandingan itu.

“Dia yang baru sahaja selesai tugas bersama pasukan kebangsaan Lubanan, kini akan bersama pasukan Penang FC bagi menghadapi cabaran saingan Liga Super bagi musim 2022,” tulis kenyataan rasmi.

Pemain yang berusia 27 tahun itu sebenarnya dilahirkan di Hannover, Jerman dan mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab Jerman selama 5 tahun seperti TSV Havelse, VFL Wolfsburg, Hallescher FC dan SV Meppen.

Beliau juga pernah menyarung jersi kelab Liga Super Greecem Apollon Smyrnis pada musim 2018/2019 sebelum berhijrah ke Asia menyertai kelab Jordan, Al-Faisaly dan kelab Lubnan, Ahed FC.

“Penyerang yang serba boleh, Hilal boleh bermain di bahagian tengah dan juga sebagai pemain sayap di kedua-dua sayap,” kata kenyataan rasmi Penang FC.

Selain Hilal, 3 pemain dari negara teluk arab yang beraksi dalam saingan Liga Super musim 2022 ialah Yazan Al Arab (Selangor), Baha Abdel Rahman (Selangor) dan Mahmoud Zatara (Sri Pahang).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

75 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia Bakal Menyaksikan Pelancaran Jersi JDT

Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu