Penjaring terbanyak saingan Liga Primeira Portugal musim 2019/2020, Mehdi Taremi sah menyertai juara bertahan, FC Porto dimana pemain itu mengikat kontrak selama empat tahun.

Mehdi, yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Iran beraksi bersama Rio Ave musim lalu dimana beliau menjaringkan 18 gol, terikat dengan dua lagi pemain Benfica iaitu Carlos Vinícius dan Pizi sekaligus berkongsi anugerah Penjaring Terbanyak.

Selain memenangi anugerah penjaring terbanyak, Mehdi juga diundi sebagai pemain terbaik Rio Ave bagi musim 2019/2020 setelah menampilkan prestasi cemerlang di mana beliau membantu kelab tersebut menamatkan saingan di tangga ke-5 sekaligus layak ke peringkat play-off Europa League.

Setelah sah bergelar pemain FC Porto, Mehdi Taremi meletak sasaran untuk menjaringkan 20 gol dalam saingan liga, dua gol lebih dari jumlah yang dijaringkan dalam saingan musim lalu.

Porto mempunyai seorang lagi pemain dari Asia iaitu Shoya Nakajima, pemain sayap skuad kebangsaan Jepun berusia 26 tahun.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi di Liga Portugal di sini:

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?

Senarai Pemain Asia Yang Beraksi Di Liga Primeira Portugal Musim 2020/2021

TMJ: Kelab Akan Lepaskan Safawi Setelah Saingan Liga Tamat