Penyerang berpengalaman Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal telah mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa melalui media sosial semalam. Pemain yang berusia 34 tahun itu, telah mewakili negaranya selama 15 tahun sejak tahun 2004.

Beliau melakukan penampilan pertama pada usia 19 tahun ketika skuad Singapura dibimbing oleh Radojko Avramovic menentang Oman dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2006 di Muscat.

LTL_2134-1-1-768×512
FOTO: FAS

“Sebagai pemain muda ketika itu, saya selalu bermimpi untuk bermain bersama pasukan kebangsaan. Menonton pemain veteran beraksi, saya mahu rasai pengalaman menjaringkan gol di hadapan ribuan penyokong.

“Saya dapat peluang itu apabila melakukan penampilan pertama pada tahun 2004 dibawah jurulatih Raddy, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan sepanjang dalam hidup saya,” katanya dalam satu catatan di laman instagram miliknya.

Khairul Amri yang beraksi untuk kelab FELDA United dalam saingan Liga Malaysia musim ini telah mengumpulkan 132 kaps bersama skuad kebangsaan Singapura.

Sepanjang mewakili negaranya, beliau telah merekodkan 32 gol dan menjuarai Piala AFF sebanyak tiga kali. Pada tahun 2015, beliau membantu skuad Lions XII menjuarai Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.

“Ini bukan keputusan yang mudah tetapi selepas mempertimbangkan beberapa perkara, saya fikir ini adalah masa untuk generasi baharu melangkah ke depan dan menggantikan tempat saya.

“Saya mahu luangkan lebih banyak masa bersama keluarga, fokus bersama kelab dan menerokai bidang lain. Saya bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh jurulatih dan sudah tentu rakan sepasukan yang sering bersama saya. Saya doakan mereka berjaya dan sentiasa menyokong mereka,” tambahnya.

Vocket FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Khairul Amri dan berharap beliau dapat membantu FELDA United mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan FELDA United musim ini.

KAF Berminat Untuk Menguruskan Felda United

Felda United Tetapkan Harga RM1 Juta Untuk Daniel Amier

Pengadil Import Dari Arab Saudi Mengadili Perlawanan FELDA United Menentang Selangor