Beberapa hari lalu, beberapa platform media sosial Thailand sedikit ‘kecoh’ apabila berita mengenai penyerang tersohor Thai League 1, Diogo Luis Santos akan keluar dari Buriram United musim 2019.

Dari maklum balas yang diperhatikan, ramai peminat bola sepak dari Thailand tidak mempercayai bahawa ‘rumours’ Diogo Luis Santos akan menyertai sebuah pasukan dari Malaysia, namun ada juga segelintir penyokong yang seolah-olah pasrah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Diogo.

21544140_908313025987512_5450359615626915286_o

Dalam rumours tersebut, ada yang mengaitkan perpindahan keluar Diogo dari Buriram United ke juara Liga Super Malaysia, JDT bagi menguatkan pasukan untuk saingan AFC Champions League 2019 nanti. Tidak kurang juga beberapa rumours yang mengaitkan perpindahan ke Liga Indonesia, tetapi ia kelihatan kurang ‘solid’ berbanding JDT.

Siam Sports melalui sebuah artikel terbaru mereka petang ini juga menyebut bahawa tiada kelibat Diogo semasa acara sambutan tahun baru 2019 di Chang Arena serta dikuatkan lagi dengan kenyataan Newin Chidchob bahawa ‘those will go, will go, but Buriram United must still be champion.’

Rekod Diogo Luis Santos Bersama Buriram United 2018

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Thai League, Diogo Luis Santos muncul sebagai penjaring terbanyak Toyota Thai League 1 dengan jumlah 34 gol dijaringkan selepas tamat 34 perlawanan untuk musim 2018.

Ini bermakna, Diogo Luis Santos mempunyai ratio 1 gol untuk satu perlawanan dalam saingan Thai League 1.

43397958_895839530804602_875790204416294912_n

Selain itu, Diogo juga bukan sahaja hebat dalam menjaringkan gol untuk pasukan Buriram United, beliau juga merupakan pemain yang paling banyak melakukan ‘assist’ apabila berada mencatatkan 9 ‘assist’ dan berkongsi kedudukan tempat 3 dengan Victor Junior dari Navy FC.

43447149_896669417388280_1411572917732376576_n

Dalam majlis FA Thailand Awards yang diadakan baru-baru ini juga, Diogo telah menerima 2 anugerah iaitu:

  1. Pemain Import Terbaik 2018
  2. Penjaring Terbanyak Toyota Thai League 2018

48396031_951510835237471_7993733285240897536_n

48418770_951510925237462_7768441510168625152_n

Sehingga kini tiada sebarang pengesahan mengenai rumours ini dari pihak yang JDT sendiri dan mungkin akan ada kenyataan rasmi dari pihak kelab itu samada mereka menafikan atau akan mengumumkan ketibaan Diogo Luis Santos untuk musim 2019.