Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan penyerang import yang beraksi dalam Liga Divisyen Utama Itali, Serie A bakal menyertai pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

TMJ memberikan bayangan tersebut selepas membalas ciapan seorang penyokong tegar Harimau Selatan, @juanbudiman melalui laman twitter.

Bulan lalu, JDT mengumumkan khidmat pemain dari Argentina, Gonzalo Cabrera telah ditamatkan dan mereka kini sedang mencari penggantinya untuk berganding dengan penyerang utama, Bergson Da Silva dan pemain paling bernilai ABK 21, Arif Aiman di bahagian serangan.

Menurut TMJ, seorang lagi pemain penyerang import perlu dicari supaya Bergson tidak keseorangan supaya membantu menajamkan jentera serangan menentang lawan yang lebih kuat terutamanya dalam saingan AFC Champions League.

“Perlu dilakukan. Bergson kata dia keseorangan di depan,” tulis TMJ.

Walaupun TMJ tidak mendedahkan identiti pemain tersebut, namun telah timbul khabar angin di media sosial mengatakan Iago Falque adalah antara calon pemain import baharu JDT musim ini.

Falque merupakan bekas pemain kebangsaan Sepanyol bawah 21 tahun dan beliau pernah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris seperti Tottenham Hotspur dan Southampton sebelum ke Serie A.

Antara pasukan Serie A yang disertai oleh pemain itu ialah Juventus, Genoa, AS Roma dan Torino kemudian dipinjamkan ke kelab Serie B seperti Benevento pada musim lepas.

Pastinya pengumuman rasmi pemain import baharu JDT ini paling dinanti-nantikan oleh para penyokong setia dan bakal merancakkan lagi saingan Liga Malaysia musim 2022 yang dijangka lebih sengit dengan kehadiran ramai pemain asing berkualiti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta