Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto mendedahkan seorang pemain dari Indonesia telah mendapat tawaran dari pasukan Liga Super, Sri Pahang FC bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara (ASEAN) musim ini.

Pemain yang dimaksudkannya ialah penyerang prolifik Arema FC, Kushedya Hari Yudo yang berusia 27 tahun. Beliau sepatutnya menyertai Sabah bagi menggantikan tempat pemain kacukan Jerman-Thailand, Dennis Buschening.

Namun, laporan dari media Indonesia menyebut perpindahan pemain itu ke Sabah tidak menjadi kenyataan kerana seorang agen telah mencapai persetujuan untuk membawa Kushedya Hari Yudo ke Sri Pahang FC.

“Ada agen mengatakan bahawa dia (Kushedya Hari Yudo) telah mendapat tawaran dari Pahang. Saya dengar agen ini harus buat keputusan dengan cepat.

“Jadi, saya tidak berani untuk memastikan. Saya kata ke Kushedya Hari Yudo, kalau sudah pasti ke Pahang, ambil saja tawaran itu. Bererti ia belum rezeki buat saya dapatkan khidmatnya kerana harus putuskan kontrak buschening dulu.

“Saya khuatir kalau tidak dapat putuskan kontrak Buschening, Kushedya tak jadi saya ambil. Kasihan masa depan dia. Yang penting, dia boleh main di luar negara,” katanya dipetik dalam bola.com. 

Berdasarkan rekod. Kushedya Hari Yudo merupakan antara penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Liga 1 Indonesia pada musim 2020 sebelum ditangguhkan kerana wabak pandemik COVID-19.

Malah, beliau juga antara muka baharu yang dipanggil ke latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia dibawah kendalian Shin Tae-yong bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 tahun ini.

Pahang sebelum ini pernah menggunakan khidmat pemain dari negara itu, Saddil Ramdani pada musim 2019. Saddil telah menjaringkan 2 gol dalam 21 penampilan bersama skuad tok gajah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.  

Jorge Pereyra Diaz Bakal Kembali Ke Saingan Liga Malaysia

Real Chukai FC Kelab Amatur Pertama Di Terengganu Memiliki Fasiliti Stadium Sendiri

Kelantan United Mahu Fitri Omar Bimbing Pemain Muda, Pengalaman 17 Tahun Dalam Liga Diperlukan