Penyerang muda kelab Ulsan Hyundai yang berusia 18 tahun, Hwang Jae-hwan hari ini dilaporkan sah menyertai sebuah pasukan yang kini beraksi dalam saingan Bundesliga, FC Köln.

Maklumat mengenai perpindahan tersebut disiarkan melalui laman web rasmi kelab FC Köln menyatakan bahawa Hwang Jae-hwan akan berpindah ke kelab tersebut mulai bulan Januari 2020 dan akan beraksi bersama skuad U19 mereka.

Dengan kontrak tersebut, Hwang Jae-hwan akan beraksi secara pinjaman dengan FC Köln selama 2.5 tahun mulai Januari 2020 nanti dan beraksi dalam saingan A-Juniors-Bundesliga West.

Keupayaan yang dimiliki oleh pemain itu telah dikesan oleh pihak kelab ketika Hwang Jae-hwan beraksi bersama skuad U18 Korea Selatan serta semasa sesi percubaan yang telah diadakan sebelum ini.

Ketua pembangunan bakat muda FC Köln Matthias Heidrich dalam satu kenyataan selepas perpindahan tersebut selesai memberitahu bahawa Jae-hwan merupakan seorang pemain tengah yang sangat berbakat serta mempunyai potensi pembangunan yang tinggi.

csm_HP_Hwang_2210_76fa3643d6

“Beliau cukup laju, memiliki teknik yang baik dan ada kelebihan dalam situasi one-on-one. Ini adalah keadaan yang paling sesuai untuk membawa beliau ke Cologne dan ini juga adalah keinginan pemain itu sendiri untuk membuktikan dirinya di negara lain.

“Kami akan memberikan beliau masa yang cukup untuk beliau menyesuaikan diri disini dan kami gembira kerana beliau akan memperkuatkan pasukan kami.

Baca juga artikel padu lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang mungkin anda tidak pernah tahu pun.

Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang

Kelab Amatur Liga Divisyen 3 Korea Selatan Ini Mara Ke Final Piala FA, Slot AFC Champions League Jadi Sasaran

Akira Nishino Gugurkan Pemain Kacukan Sweden-Thailand Kerana Menipu Mengenai Kecederaan

Sumber