Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil satu lagi langkah berbeza bagi memperkenalkan mahkota baharu mereka apabila penyanyi terkenal Britain, Leona Lewis bakal memeriahkan majlis pelancaran Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.

Perkara ini disahkan oleh JDT menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada semalam dan juara bertahan Liga Super itu mengajak peminat untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Leona merupakan penyanyi berusia 34 tahun dimana beliau pernah memenangi rancangan The X Factor pada 2006 lalu sekaligus mengikat kontrak bersama produser terkenal, Simon Cowell.

Selain mendatangkan Leona Lewis, JDT turut menambah satu lagi tarikan iaitu AR Photobooths dimana peminat boleh mengambil gambar dan memilih pemain kegemaran mereka untuk disertakan dalam gambar tersebut.

Stadium Sultan Ibrahim bakal menggantikan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin sebagai markas JDT bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Pengganti Matthew Davies Masih Menjadi Tanda Tanya

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’

Matthew Davies Dijangka Mendominasi Posisi “Right Back” JDT