Semalam pasukan UiTM FC secara rasmi telah melancarkan jersi pasukan mereka dengan penuh bergaya dan mungkin ramai yang tahu bahawa pasukan ini menggunakan 2 jenama berbeza untuk jersi mereka bagi saingan CIMB LIga Super 2020.

Penggunaan 2 jenama berbeza untuk satu pasukan mungkin agak jarang kita dengar dan perkara ini telah mengundang pelbagai persoalan mengapa ia berlaku.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Kelvin Leng, menerusi satu komen yang laman sosial MFL meluahkan rasa kecewa beliau mengenai perkara ini dan menyebabkan beliau telah menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

87270599_1599082273591019_7283863268106436608_o

Beliau telah menghubungi pihak UiTM FC dan juga pembekal jersi berkenaan dan telah menerima penjelasan mengenai isu 2 jenama berbeza digunakan untuk jersi UiTM FC.

Untuk makluman semua, pasukan UiTM FC memiliki 3 jersi iaitu;

  1. Jersi Home: Merah menggunakan jenama Adidas
  2. Jersi Away: Bury menggunakan jenama Adidas
  3. Jersi GK: Hitam & Oren menggunakan jenama Adidas
  4. Jersi ke-3: Putih menggunakan jenama Fitech
  5. Jersi ke-3 GK: Ungu menggunakan jenama Fitech

87341752_1599082380257675_8169249335700094976_o

Menurutnya, kedua-dua jenama itu ejennya adalah ActiveSport dan disebabkan oleh ‘ad-hoc request’ dari pihak MAS yang mahukan jersi yang ada ‘design’ MAS, maka Fitech telah ‘customize’ jersi tersebut dengan corak batik (dibahagian leher dan lengan) yang menjadi identiti syarikat penerbangan itu sejak sekian lama.

Jersi dengan jenama Adidas itu adalah tajaan terus dari ActiveSport dan jenama Fitech itu telah dibeli oleh MAS kerana mahukan jersi tersebut memiliki ciri-ciri identiti yang mereka mahukan.

87075768_1599082143591032_4878138612580876288_o

Ini juga menjelaskan kenapa logo MAS hanya ada pada jersi ke-3 yang menggunakan jenama Fitech sahaja dan tidak diletakkan pada jersi home dan away UiTM FC.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Kelvin Leng juga, tiada masalah berkenaan perkara ini kerana semua sudah ada dalam terma kontrak yang ditandatangani.

Baca juga artikel lain berkaitan pelancaran jersi pasukan Liga Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group