Penjaring terbanyak saingan Piala AFC, Bienvenido Marañón dilaporkan semakin hampir untuk menjadi warganegara Filipina sekaligus layak untuk beraksi bersama skuad kebangsaan negara itu.

Permohonan untuk Maranon menjadi warganegara Filipina kini berada dalam proses untuk diselesaikan dimana segala dokumen telah dihantar ke pejabat presiden pada 2 Jun lalu.

Bienvenido Maranon berasal dari kaum Basque dan beliau mula beraksi dalam saingan Liga Filipina pada musim 2015 bersama Ceres-Negros yang kini dikenali sebagai United City FC.

Pemain berusia 35 tahun itu telah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat domestik namun pencapaian beliau yang paling cemerlang ialah menjadi penjaring terbanyak saingan Piala AFC dengan 35 gol.

Kesemua 35 jaringan yang dihasilkan oleh Maranon diperoleh ketika beliau beraksi bersama United City FC.

Sekiranya permohonan Maranon diluluskan oleh kerajaan Filipina, maka beliau akan menjadi senjata baharu The Azkals dalam menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula pada tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

ACL 2021: Pohang Steelers Terus Bikin JDT Terluka

Ifwat Akmal Mahu Rebut Posisi Penjaga Gol Utama Kedah

Arif Aiman Dan Hakimi Abdullah Pemain Muda Paling Bernilai Liga Malaysia