Pemenang Kasut Emas Liga Super musim 2018, Rufino Segovia kembali beraksi secara kompetitif apabila menyertai kelab divisyen ketiga saingan liga bola sepak Sepanyol, Marbella FC.

Perkara ini dikongsikan oleh Marbella menerusi satu pengumuman di media sosial rasmi pasukan dimana Rufino menandatangani kontrak sehingga Jun 2022.

Kali terakhir Rufino beraksi secara kompetitif ialah pada musim 2020 bersama Selangor sebelum beliau dilepaskan sekaligus menjadi ejen bebas.

Pemain berusia 36 tahun itu mula beraksi bersama Selangor pada 2017 dan musim 2018 menjadi musim terbaik beliau apabila menjadi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super dengan 18 jaringan selain membantu skuad Gergasi Merah mara ke perlawanan akhir Piala FA.

Pada musim 2019, kecederaan buku lali menganggu rentak Rufino Segovia bersama Selangor dan beliau berehat sehingga penghujung musim. Musim 2020, bekas pemain Atletico Madrid itu cergas sepenuhnya namun prestasi beliau tidak seperti musim sebelumnya.

Marbella ketika ini menduduki tangga ke-10 dalam carta kumpulan 9 saingan divisyen tiga Sepanyol dan kehadiran Rufino dilihat mampu untuk meningkatkan prestasi pasukan khususnya di bahagian serangan ekoran pengalaman luas yang dimilikinya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Solskjaer Salahkan Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Punca Kekalahan United

Klopp: ‘Saya Tiada Masalah Terima Keputusan Seperti Ini, Penjaga Gol Mereka Patut Pakai Jersi No.10’

EPL: Penalti Fernandes Tersasar, Hause Kekal Wira Villa