Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Rekod jaringan 31 gol yang dilakukan oleh Jordan Owusu Mintah, penyerang utama pasukan Kaya FC-Iloilo dalam musim 2019 berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan pasukan Terengganu FC II untuk membawa pemain itu ke Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Jordan Owusu Mintah yang berusia 24 tahun dari Ghana itu musim ini telah turun beraksi dalam 24 perlawanan dan memiliki gol ratio sekitar 1.29 bagi setiap perlawanan mungkin akan menjadi ayam tambatan Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana musim 2020.

72988608_2892584050752432_5594290375868022784_o

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BERNAMA semalam, Jordan Mintah akan tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk melengkap perpindahan beliau dari Filipina dan seterusnya menyertai kem latihan pra musim yang sudah pun bermula.

Jordan Mintah Catat 6 Kali Hatrik Dalam Musim 2019

Rekod 31 gol semusim dalam musim 2019 itu tidak mudah untuk dilakukan kerana dicabar hebat oleh penyerang ternama dari Ceres Negros iaitu Bienvenido Marañón yang mencatatkan 30 gol.

Bienvenido Marañón juga merupakan pemenang anugerah penjaring gol terbanyak dalam saingan AFC Cup 2019 dengan catatan jaringan 10 gol.

Bagi Jordan Mintah pula, lebih separuh dari 31 gol yang dijaringkan adalah hasil dari 6 kali hatrik yang dilakukan sepanjang musim 2019 ini. Selain itu, Jordan Mintah juga turut mencatatkan bantuan jaringan sebanyak 5 kali musim ini yang menjadikan beliau telah terlibat dalam 36 gol secara keseluruhannya musim ini.

“Semua persiapan pasukan saya (Terengganu FC II) telah pun lengkap, termasuk kuota pemain tempatan.”

58842293_2556414267702747_4592888595840237568_n

“Kami hanya menunggu pemain import terbaru dari Ghana yang dijangka akan tiba hari ini untuk melengkapkan pasukan dan memulakan latihan pra musim dengan pemain-pemain lain”, ujar Roshadi Wahab, ketua jurulatih Terengganu FC II kepada Bernama.

Dapat dilihat dengan jelas pasukan Terengganu FC II cukup serius menghadapi musim 2020 walaupun jadual perlawanan musim baru masih belum lagi dikeluarkan oleh MFL sehingga kini.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Rasmi: Qatar Airways Sah Menjadi Rakan Rasmi Liga Bola Sepak Filipina (PFL), Kontrak 3 Tahun Sehingga 2022

Filipina Ikat Pasukan China Tanpa Jaringan, Neil Etheridge Selamatkan 14 Percubaan Tepat Ke Gawang

Malaya FC Buka Peluang Kanak-Kanak Filipina Dari Keluarga Miskin Bermain Bola Sepak

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group