Penjaga gol utama skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam sudah pun mendarat di Tokyo, Jepun dimana beliau akan menjalani proses kuarantin sebelum menyambung perjalanan beliau menuju ke Osaka.

Selepas lebih 2 bulan menantikan kelulusan untuk terbang, kini Dang Van Lam dikatakan sudah pun mula melakukan persiapan kendiri semasa proses kuarantin menggunakan kelengkapan yang telah dihantar oleh pihak kelab bagi memastikan beliau berada dalam keadaan yang bersedia.

Dang Van Lam telah pun diberikan jersi nombor 1 bersama Cerezo Osaka dan kehadiran beliau dijangka bakal menghadirkan satu saingan yang lebih hebat diposisi tersebut yang kini banyak menggunakan khidmat penjaga gol dari Korea Selatan – KIM Jin Hyeon.

131307094_3676145542433157_8348758200451889803_n
Aksi Kim Jin Hyeon bersama skuad kebangsaan Korea Selatan ketika kejohanan Piala Asia 2015

Pastinya, Dang Van Lam akan cuba mencari semula prestasi terbaiknya bersama Cerezo Osaka secepat mungkin kerana dalam tempoh 2 bulan lagi, khidmat beliau bakal ditagih oleh skuad kebangsaan Vietnam dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Penghijrahan Dang Van Lam ke Cerezo Osaka ini juga berlaku mirip seperti isu yang melanda pemain kebangsaan Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh, dimana dikatakan wujud perlanggaran klausa dalam kontrak ketika Dang Van Lam bersama SCG Muangthong United yang menyebabkan kontrak beliau terbatal.

Apa pun yang berlaku, sparring partner Dang Van Lam di Cerezo Osaka nanti bukan calang-calang kerana Kim Jin Hyeon yang juga bekas penjaga gol skuad kebangsaan Korea Selatan itu telah tampil dalam lebih 400 perlawanan sejak menyertai pasukan itu pada tahun 2009.

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’

UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol