Pemain dari Asia Tenggara semakin mendapat perhatian kelab dari rantau Eropah apabila baru-baru ini penjaga gol skuad B-16 tahun Singapura, Veer Karan Sobti telah mendapat jemputan daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City untuk menjalani ujian buat kali kedua.

Karan disenaraikan dalam pasukan Singapura bagi menghadapi kempen kelayakan kejohanan AFC B-16 yang akan berlangsung pada 2020 di Bahrain dan beliau sebelum ini pernah menjalani latihan bersama Turf City Academy yang berpusat di Republik Czech dimana Karan berjaya menarik minat Cardiff City.

Setelah melihat sendiri prestasi Karan, Cardiff yang beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan kemudiannya menjemput Karan untuk menjalani sesi ujian pada bulan hadapan.

Jika tempoh ujian tersebut berjalan lancar, maka berkemungkinan besar Karan bukan sahaja mendapat kontrak profesional bersama Cardiff malah beliau bakal memperoleh biasiswa bersama kelab yang berpangkalan di Wales itu.

“Profesionalisma yang ditunjukkan oleh mereka menjadi kayu ukur untuk saya mencapai tahap terbaik. Jika mereka (staf kejurulatihan) tertarik dengan apa yang mereka saksikan, maka ada peluang untuk saya mendapatkan biasiswa pada musim panas 2020 nanti.

“Akan tetapi, semuanya masih samar. Tiada apa-apa perjanjian yang telah dimaterai bersama Cardiff. Saya harap saya dapat beraksi di Eropah. Itu adalah impian saya,” kata Karan menurut laporan Fox Sport.

Dalam kempen kelayakan AFC B-16 Tahun, Singapura diundi dalam kumpulan I bersama pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Guam. Pada perlawanan pertama menengang Hong Kong 17 September lalu, skuad bimbingan Phillippe Aw tewas dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Singapura di sini:

Singapura Terajui Kumpulan D Selepas Mengejutkan Palestine

Singapura Umum 23 Pemain Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group