Hasrat pemain skuad Tambadau, Rozaimie Rohim untuk melangsungkan Majlis Perkahwinannya pada hari ahad minggu depan (29 Mac 2020) tidak menjadi kenyataan apabila terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan daripada kerajaan selama dua minggu.

Perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Ia membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di seluruh negeri menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan supaya menangguhkan majlis perkahwinan sehingga arahan itu tamat bagi mengelakkan penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Melalui pengumuman di laman facebooknya, Rozaimie sempat memohon maaf kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah menempah tiket penerbangan ke Kota Kinabalu dan berharap wabak COVID-19 dihapuskan secepat mungkin.

WhatsApp Image 2020-03-17 at 9.36.34 PM

“Saya juga nak minta maaf kepada semua yang saya dah kirimkan jemputan. Sama-sama kita berdoa agar segala virus yang melanda negara kita dapat dihapuskan secepat mungkin,” tulisnya melalui laman facebook.

Bagaimanapun, penjaga gol yang berusia 35 tahun itu sudahpun bernikah dengan gadis pilihannya dari Sabah, Olga Marcelli Gusti pada bulan November tahun lepas.

Rozaimie atau lebih mesra disapa sebagai Roy dalam kalangan rakan sepasukan serta penyokong-penyokong pasukan Sabah mula menyertai Tambadau pada tahun 2016. Ketika itu pasukan Sabah dibimbing oleh jurulatih dari Croatia, iaitu Vjeran Simunic.

Persembahan cemerlang Roy pada setiap perlawanan menyebabkan beliau masih bertahan dalam pasukan sehingga musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Sabah melalui pautan dibawah.

CIMB Liga Super 2020: Sabah Hadapi Pahang Tanpa Khidmat Dennis Buschening

Liga Malaysia 2020: Tonggak Tengah Skuad Kebangsaan Namibia Sertai Sabah

Sabah Sasar Satu Piala Pada Saingan Liga Malaysia Musim 2020