Perpindahan Luqman Hakim ke Belgium bagi beraksi bersama KV Kortrijk nyata menjadi satu penanda aras bagi mana-mana pemain yang menyasarkan untuk beraksi di luar negara pada masa akan datang.

Baru-baru ini, salah satu akhbar tempatan, Harian Metro melaporkan bilangan pemain Malaysia yang beraksi di Eropah akan bertambah dimana seorang penjaga gol muda negara bakal beraksi di rantau itu dalam jangka masa terdekat.

Penjaga Gol

Luqman Hakim bersama keluarga angkat beliau.

Menurut sumber, kelab yang berminat dengan penjaga gol muda Malaysai itu kini beraksi di negara yang pernah menjulang trofi Piala Dunia beberapa kali. Perbincangan sedang rancak diadakan dengan kelab terbabit namun sumber itu tidak mendedahkan nama pemain tersebut.

Tambah sumber itu lagi, pihaknya akan membuat pengumuman sekiranya pemain terbabit telah menandatangani kontrak bersama kelab disebutkan. Untuk masa sekarang, tidak ada apa-apa perkembangan yang boleh dikongsikan.

Sekianya benar penjaga gol tersebut berjaya menandatangani kontrak bersama kelab di Eropah, maka perkara itu secara tidak langsung akan membantu perkembangan beliau serta pasukan negara pada masa akan datang.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Malaysia di sini:

Rakan Sepasukan Sifatkan Luqman Hakim Sebagai “Crazy Men”

Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion

Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group