Selepas kejayaan menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu bersama pasukan kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam telah berhijrah ke kelab Thai League 1, SCG Muangthong United dengan kontrak bernilai USD500,000 (RM2 juta) yang merupakan rekod nilai perpindahan tertinggi bagi pemain dari Vietnam.

Berdasarkan aksi terkini bersama pasukan Muangthong United, Dang Van Lam berjaya membantu kelab itu menamatkan liga dikedudukan ke 5 secara keseluruhan dan diperingkat kebangsaan pula beliau berjaya memberikan sumbangan untuk Vietnam mendahului kedudukan kumpulan G di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Berdasarkan apa yang telah dipamerkan oleh Dang Van Lam dalam aksi bersama kelab dan pasukan kebangsaan, tidak mustahil bagi beliau untuk meninggalkan Muangthong United kerana menurut ejen beliau, Andrey Grushin, terdapat beberapa buah kelab dari Asia dan juga Eropah sedang mengikuti rapat perkembangannya ketika ini.

van-lam-1549882042238876697520-crop-154988212947111810584

“Van Lam adalah seorang pemain yang memiliki cita-cita tinggi, dia mahu bermain bola sepak dalam saingan liga tertinggi dalam benua Asia atau mungkin di Eropah. Bagaimanapun, kami mahu ikut langkah demi langkah.

Menurut ejen beliau lagi, Van Lam mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran dimana Muangthong United mampu menjual beliau dengan harga sekitar USD1.2 juta atau RM5 juta. Ini bukan satu harga yang tinggi jika dibandingkan dengan pasukan di Jepun.

Dang Van Lam yang mempunyai depaan tangan hampir 2 meter itu masih mempunyai baki kontrak bersama Muangthong United selama 2 musim lagi.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020

Risiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League 2020, Ketua Jurulatih Buriram United Berang Kalah Kepada Muangthong United

Dibuang Padang Bertemu Vietnam, ‘Center Back’ Utama UAE Ini Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group