Eyup Turkaslan telah terkorban dalam nahas gempa bumi yang melanda negaranya.

Pasukan divisyen 2 Turki, Yeni Matalyaspor mengesahkan penjaga gol Ahmet Eyup Turkaslan meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud.

Turki dan Syria, kedua-dua negera terjejas teruk kerana dilanda gempa bumi yang dahsyat pada malam Ahad, ketika ramai sedang tidur.

Turkaslan dilaporkan hilang pada hari Isnin, dan kelab itu kini memberi penghormatan kepada penjaga gol mereka selepas dia disahkan meninggal dunia pada hari Selasa.

“Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, kehilangan nyawanya selepas berada di bawah runtuhan gempa bumi. Bersemadilah dengan aman,” tweet kelab itu.

“Kami tidak akan melupakan kamu, orang yang sangat baik.”

Bencana alam di Turki dan Syria itu menyebabkan sekurang-kurangnya 5,100 terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.

Gegaran juga kedengaran sehingga ke Mesir, Lubnan dan pulau Cyprus.

Kelab yang berpangkalan di Malatya itu terjejas teruk.

Telah disahkan bahawa penjaga gol Yeni Matalysaspor Ahmet Eyup Turkaslan adalah salah seorang mangsa yang terperangkap dan terkorban dalam gempa bumi yang melanda Kahramanmaras pada malam Ahad.

Pada hari Isnin, kelab itu menulis di Instagram mereka: “UNTUK PENGETAHUAN UMUM! Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, berada di dalam bangunan yang rosak dan musnah akibat gempa bumi.”

“Usaha mencari dan menyelamat diteruskan. Sehingga kini, masih belum ada khabar berita daripadanya. Jangan lupa untuk terus berdoa.”

Menurut De Marke Sports, ketua jurulatih Yılmaz Vural berkata: “Selepas perlawanan Rizespor, saya memberi pasukan cuti 2 hari. Kebanyakan pemain tidak berada di Malatya.”

“Satu-satunya yang berada di sini ialah penjaga gol kedua kami, Ahmet Eyup Turkaslan. Dan dia berusaha menyelamatkan isterinya… Saya hancur mendengarnya.”

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pemain Liga Turki iaitu Christian Atsu, juga menjadi antara mangsa gempa bumi.

Pemain itu berjaya diselamatkan dengan pasukan keselamatan mengeluarkannya daripada timbunan runtuhan.

Atsu dilaporkan sudah stabil namun mengalami kecederaan termasuk di bahagian kakinya.

Sama sama kita mendoakan agar Syria dan Turki kekal kuat menghadapi tragedi yang melanda mereka.