Penjaga gol kacukan Jepun-Perancis, Louis Yamaguchi percaya skuad The Samurai Blue mampu memberi tentangan kepada pasukan-pasukan besar dalam temasya Piala Dunia 2022 sekaligus memenangi kejuaraan tersebut.

Louis berkata demikian apabila pasukannya dibarisi oleh beberapa pemain muda berbakat yang sedang meningkat naik di kancah bola sepak Eropah seperti Hiroki Abe (Barcelona), Takefusa Kubo (Real Madrid), Ritsu Doan (PSV Eindhoven) dan Ko Itakura (Manchester City).

Kacukan
Sumber Gambar: Bleacher Report

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan (Jepun) ini dan tidak sabar untuk meraih kejayaan lebih besar bersama yang lain. Saya yakin pasukan ini boleh menewaskan sesiapa sahaja, terutama dalam temasya Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

“Kami harus menunjukkan yang kami berada di pentas ini sebagai wakil Asia dan menampilkan persembahan terbaik. Saya berpendapat negara Asia lain seperti Uzbekistan, Korea Selatan dan Iran tidak mampu untuk memberi cabaran kepada pasukan dari benua Amerika dan Eropah,” kata penjaga gol kelab divisyen dua Liga Sepanyok, Extramadura itu.

Louis Yamaguchi dilahirkan di Paris namun beliau dibesarkan di Tokyo. Beliau mula beraksi bersama skuad kebangsaan Jepun bersama skuad B-19 tahun pada 2016 dan terus dipanggil bagi beraksi bersama skuad B-20 dan B-23 tahun negara itu.

Di peringkat kelab, Yamaguchi mula beraksi bersama Extramadura pada musim 2017/2018 dan musim ini beliau dinaikkan pangkat untuk beraksi bersama pasukan utama setelah banyak terlibat bersama skuad pembangunan sebelumnya.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun yang telah kami sediakan di sini:

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini

Eintracht Frankfurt Mahu Perpanjang Kontrak Daichi Kamada

Pengurus Red Bull Salzburg Anggap Penjualan Minamino Ke Liverpool Terlalu Murah