Penjaga gol skuad kebangsaan Australia, Mitchell Langerak disahkan positif COVID-19 menurut kenyataan daripada kelabnya dari Jepun, Nagoya Grampus. Beliau merupakan pemain kedua kelab itu yang dijangkiti wabak pandemik selepas penyerang utama, Mu Kanazaki pada hari selasa lepas.

Nagoya Grampus telah menjalankan ujian PCR kepada semua pemain yang mempunyai kontak rapat dengan Mu Kanazaki.  19 pemain telah mengambil ujian tersebut dan keputusannya adalah negatif.

Namun, pada hari Sabtu lepas ujian PCR sekali lagi dilakukan kepada baki 26 pemain dan Langerak merupakan antara pemain yang disahkan positif walaupun tidak ada kontak rapat dengan Kanazaki menurut kenyataan rasmi kelab.

Kedua-dua pemain itu kini sedang dirawat di sebuah hospital di Wilayah Aichi.

“Kami telah memutuskan untuk menjadualkan semula sesi latihan pasukan berdasarkan keputusan ujian itu,” kata Presiden Grampus, Koki Konishi.

Saingan J.League 1 yang ditangguhkan sejak Februari lalu dijangka akan bersambung semula pada 4 Julai 2020. Nagoya Grampus telah mengadakan sesi latihan penuh sejak 1 Jun dan kini telah membatalkan semua sesi latihan susulan jangkitan COVID-19 yang melanda pemain kelab itu.

“Pasukan tidak berada dalam keadaan yang baik, tetapi kami akan melindungi kesihatan semua pemain dan memulihkan semangat mereka,” kata Konishi.

Langerak juga merupakan pemain ketiga J.League yang dijangkiti wabak pandemik selepas pemain Vissel Kobe, Gotoku Sakai yang mengadu sakit kepala dan demam panas pada bulan Mac lepas. Namun, Sakai kini sudah pulih sepenuhnya dan kembali menjalani latihan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Pemain Kembar Dari Jepun Ini Intai Peluang Sarung Jersi Indonesia

Vietnam Tidak Sempat ‘Naturalisasi’ Filip Nguyen, Berdepan Risiko Tinggi Dalam 3 Perlawanan Penting

Vietnam Mungkin Seronok Liga Sudah Bermula, Tetapi Ramai Pemain Skuad Kebangsaan Mula Cedera