Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan bahawa peningkatan kos operasi yang terpaksa ditanggung menyebabkan harga tiket melibatkan Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengalami kenaikan mendadak.

Seperti dilaporkan sebelum ini, pihak Selangor FC telah menetapkan harga RM30 bagi para penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan kelab tersebut di Stadium MBPJ.

Penetapan itu juga menyaksikan harga tiket melibatkan skuad Gergasi Merah itu menjadi tiket termahal dalam kalangan pasukan bertanding sebaik sahaja para peminat kembali dibenarkan ke stadium mengikut kuota kapasiti ditetapkan.

Menurut sumber dikeluarkan Sinar Harian, Johan Kamal melihat peningkatan tersebut susulan keperluan untuk menyediakan beberapa keperluan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain terdapat aspek penambahbaikan juga perlu dilakukan.

“Apa yang boleh saya katakan, pertambahan guna tenaga dalam operasi penganjuran perlawanan sekali gus menyaksikan kos operasi meningkat dalam 20 hingga 30 peratus musim ini.”

“Kapasiti stadium kini juga sudah berkurangan daripada 25,000 kepada 2,000 penonton yakni 10 peratus lebih rendah daripada kapasiti maksimum, sekali gus mengurangkan pendapatan hasil daripada jualan tiket perlawanan.”

“Pada masa sama, kami juga kena pasang infrastruktur baharu di stadium bagi penambahbaikan pendigitalan seperti kelancaran akses internet sepanjang perlawanan berlangsung,” ujar Johan Kamal lagi.

Keutamaan untuk membeli tiket perlawanan diberikan kepada para penyokong Selangor yang memiliki pas bermusim 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Perak Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

Dollah Salleh Tidak Mahu Tragedi 10 Tahun Lalu Berulang

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021

 

Sumber