Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini Felda United mengumumkan mereka akan beraksi dalam musim terakhir dalam saingan Liga Malaysia dimana pada masa akan datang, pasukan itu tidak lagi akan bersaing di mana-mana liga domestik dalam negara.

Perkara ini nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan Felda telah mewarnai kancah Liga Malaysia lebih dari sepuluh tahun dan juga pernah memenangi beberapa gelaran antara Liga Perdana.

Felda United

Sumber Gambar: Felda United

Namun, ada perkembangan baharu dalam situasi pasukan Felda ini dimana pengurusan lama yang telah disingkirkan berusaha untuk menyelamatkan skuad The Fighters sekaligus memastikan pasukan itu terus beraksi di Liga Malaysia.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam, Felda sudah bersedia untuk menguruskan pasukan tanpa dana daripada pihak dalaman badan tersebut.

Namun usaha tersebut dihalang oleh individu-individu tertentu sekaligus timbul beberapa isu yang akhirnya memberi kesan terhadap pasukan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengumuman daripada pengurusan lama Felda mengenai usaha mereka untuk menyelamatkan pasukan bagi terus beraksi di Liga Malaysia.

Apa yang pasti, kelibat Felda United wajar untuk terus mewarnai saingan Liga Malaysia kerana pasukan itu mempunyai potensi untuk menjadi pasukan pencabar.

Baca artikel lain mengenai Felda United di sini:

FELDA United Sah Tarik Diri Daripada Liga Malaysia

Felda United Kutip Sumbangan Bantu “Frontliners” Perangi Wabak COVID-19

Nidzam Jamil Terima Beberapa Tawaran Dari Pasukan Liga Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group