Dengan kejohanan Piala AFF 2020 kini menghampiri kemuncaknya malam ini, pasukan Thailand jelas berada dalam kedudukan selesa untuk membawa pulang kejuaraan buat kali yang ke-6.

Pengurus pasukan kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai Madam Pang, kali ini bertindak menempah ‘private jet‘ untuk membawa pulang kesemua pemain-pemain, barisan kejurulatihan serta staf sokongan lain yang telah berkampung di Singapura kira-kira sebulan yang lalu.

Memetik artikel yang diterbitkan oleh Matichon yang diterbitkan beberapa hari yang lalu, Madam Pang membuat tempahan penerbangan khas itu bagi memberikan keselesaan kepada pemain dan semua yang terlibat dalam kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura.

“Berada dalam sistem gelembung (bubble) dalam tempoh yang lama adalah sangat sukar untuk semua orang. Makan dalam keadaan yang tidak selesa dan sebagainya bukan mudah.”

“Jadi, kita perlu menghargai pengorbanan yang dibuat oleh pemain. Sekarang liga sedang berehat, dan ini adalah masa untuk semua orang menghabiskan masa dirumah bersama orang tersayang.”

“Oleh itu, saya mahu membayar balik pengorbanan mereka dari segi mental dan fizikal.”

Madam Pang turut menjelaskan dalam artikel itu bahawa, dia mahu memberikan keselesaan kepada pemain kerana dengan banyak barangan yang dibawa selain cuba untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID19.

“Dengan penerbangan khas ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada pasukan selain cuba untuk mencegah jangkitan COVID19 kerana kami semua telah menjalani ujian PCR dengan kerap dan ini akan membantu pemain-pemain kembali ke Thailand dan kelab dengan lebih selamat.

Malam ini, pasukan Thailand akan turun dalam perlawanan akhir 2 Piala AFF 2020 dengan kelebihan 4 gol, dan dijangka tidak akan mempunyai masalah muncul juara buat kali ke-6 berdepan Indonesia.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Rezal Zambery Yahya Digantung 2 Bulan Daripada Aktiviti Bola Sepak, Safiq Rahim Digantung 3 Perlawanan

Sepakan Percuma ‘Enjinkaiten Jutsu’ Dari Pasukan Sekolah Tinggi Jepun Ini Tular Di Seluruh Dunia

Alexandre Pölking: “Bukan Tidak Hormat Indonesia, Cuma Beri Kegembiraan Untuk Kawin Yang Kematian Bapanya.”