Dalam bola sepak ada banyak kisah yang menarik. Dan tidak terlepas daripada kisah emosi, marah dan kecewa.

Slavia Praha sebelum ini cemerlang menyingkirkan Leicester dari Europa League. Dan mereka kembali ke pertandingan domestik dalam usaha mereka mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Namun, berhadapan dengan Slovacko, mereka bermain separuh masa pertama dengan teruk sekali.

Slavia ketinggala seawal minit ke-11 menerusi gol Michal Sadilek. Sebenarnya itu bola hantaran lintang yang terlebih kuat tetapi terus menerjah gawang.

Slavia menyamakan kedudukan menerusi Nicolae Stanciu pada minit ke-36 daripada sepakan penalti.

Tetapi pengurus Slavia, Jindřich Trpišovský sangat bengang dengan pasukannya yang melepaskan gol pada masa kecederaan separuh masa pertama. Di mana pemain vetera Michal Kadlec menanduk masuk bola.

Itu telah membuatkan mereka masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 2-1 di belakang.

Ketika di bilik persalinan Jindřich Trpišovský mengamuk dan menendang pintu sehingga berlubang.

Michal Bycek menulis:

“Inilah dia tendangan 3 mata pada rehat separuh masa. Kadangkala perlu juga meninggikan suara. Dan lebih bagus kalau dalam perlawanan penting dan sukar. Sudah tentu, kami meminta maaf kepada pasukan tuan rumah.”

Selepas mendengar pengurus mereka mengamuk dan memaki hamun mereka, para pemain Slavia memperbaiki rentak mereka pada separuh masa kedua.

Trpisovsky membuat 3 pertukaran pada minit ke-60. Dan salah seorang pemain gantian itu Lukas Masopust, seharusnya menyamakan kedudukan. Namun rembatannya terkena pada rakannya.

Stanciu akhirnya berjaya menyamakan keudukan sekali lagi menerusi sepakan percuma yang menuju ke penjuru sukar digapai penjaga gol.

Dan pada minit ke-81, pemain tengah, Ondrej Lingr menjaringkan gol kemenangan lewat. Kemenangan itu membolehkan mereka kekal tanpa kalah musim ini. 11 mata di atas musuh tradisi, Sparta Praha.

Baca juga perkembangan lain

Ini Sebab Scholes Anggap Bruno Fernandes Tak Layak Menang Pemain Terbaik PFA Musim Ini

EPL: Manchester City Ulangi Rekod 2017, Dan 15 Mata Di Atas United

Kenyataan Mbappe Ini Berpotensi Ancam Kedudukan Hazard