Pengurus skuad kebangsaan Thailand, Madam Pang dengan tenang menawarkan bonus bernilai jutaan ringgit kepada pemain-pemain negara itu sekiranya berjaya menjulang kejuaraan AFF Suzuki Cup 2020 di Singapura.

Menurut artikel dari SiamSport itu, Madam Pang yang juga salah seorang individu penting dalam syarikat Insurans terkenal di Thailand – Muang Thai Life Insurance, menyatakan akan memberikan bonus sebanyak THB20 juta atau sekitar RM2.5 juta kepada semua 30 pemain.

Ini bukan kali pertama Madam Pang melakukan perkara ini kerana pada bulan Oktober yang lalu beliau sudah memberikan bonus bernilai ratusan ribu ringgit kepada skuad Thailand U23 yang berjaya layak ke pusingan akhir AFC U23 Asian Cup 2022 di Uzbekistan.

Sekiranya Thailand muncul juara AFF Suzuki Cup 2020 ini, mereka akan turut menerima hadiah wang tunai kemenangan sebanyak USD300,000 atau sekitar THB10 juta.

Ini bermakna THB30 juta atau sekitar RM3.75 juta bakal menjadi habuan pemain Thailand jika muncul juara.

8 perlawanan akan diharungi oleh pasukan yang mara ke perlawanan akhir dan sekiranya muncul juara setiap perlawanan pasukan Thailand akan menerima;

  • THB30 juta atau RM468,000 bagi setiap perlawanan.
  • THB41,667 atau RM5,200 bagi setiap minit aksi perlawanan.

Untuk makluman juga, Madam Pang merupakan presiden kelab Port FC dalam saingan Thai League 1 sejak musim 2015 dan beraksi dalam saingan AFC Champions League musim 2021 dalam kumpulan J.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

‘Suapan’ Bonus Kemenangan RM125,000 Punca Skuad Thailand Menang 3-0 Berdepan Laos.

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

Tan Cheng Hoe Harap FC Midtjylland Beri Pelepasan Lebih Awal Untuk Dion Cools Bersama Malaysia

Sumber