Mungkin sukar untuk mencari pertukaran yang lebih memuaskan untuk seorang pengurus daripada membawa anaknya sendiri masuk, kemudian menjaringkan gol kemengan lewat perlawanan.

Ianya mungkin dianggap cuma kisah dongeng, kisah Hollywood atau kisah anime bola sepak. Tetapi itu baru sahaja berlaku di dunia nyata. Skripnya tidak ditulis tetapi ianya terjadi.

Porto berdepan dengan Estoril dalam saingan Liga Portugal. Dengan perlawanan terikat 2-2 menuju ke wisel penamat, Sergio Conceicao memilih untuk memasukkan anaknya Francisco.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu ditugaskan untuk mencari gol kemenangan lewat untuk pasukannya dan dia tidak mengecewakan pengurus yang juga ayahnya.

Francisco menjaringkan gol kemenangan itu hanya selepas 5 minit dimasukkan ke dalam padang iaitu pada minit ke-89.

Francisco awalnya berpusing untuk meraikan rakan sepasukannya sebelum cuba melepaskan diri daripada kerumuman rakan sepasukannya, untuk mendapatkan bapanya di garisan tepi.

Conceicao terus mencium pipi anaknya sebelum memberikannya beberapa tamparan di kepala sambil mengucapkan syabas dan tahniah.

Gol lewat dramatik itu hanyalah gol kedua Francisco dalam 34 penampilan untuk pasukan senior Porto.

Ini permulaan yang sangat baik untu Francisco mengikuti jejak ayahnya sebagai pemain kebangsaan suatu hari nanti.

Ayahnya menjaringkan 73 gol dalam 526 penampilan dalam karier kelab bersama Porto, Lazio dan Inter Milan.

Dia juga memenangi 56 kaps untuk Portugal, menjaringkan 12 kali, dan mewakili negaranya dalam dua kejohanan utama.

Gol kemenangan itu mengekalkan Porto 3 mata di tangga teratas liga dalam usaha mereka mahu menjulang kejuaraan liga.