Perpindahan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang menyertai kelab Thai League 1, Police Tero FC nyata disambut baik oleh peminat bola sepak tanah air.

Setelah sah menandatangani bekas pemain sayap Pahang itu, pengurus pasukan Police, Thanya Wongnak berharap kehadiran Sumareh dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pasukan khususnya di bahagian serangan.

“Kami masih kekurangan pemain import bagi menghadapi baki musim ini. Kami percaya kemasukan Sumareh dapat meningkatkan kualiti di bahagian serangan. Beliau sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan perancangan jurulatih, Rangsan Viwatchaichok.

“Ketika ini Sumareh masih berada di Malaysia. Kami dapat menyelesaikan segala kertas kerja mengenai perpindahan ini pada saat akhir, lebih tepatnya sehari sebelum jendela perpindahan Thai League ditutup,” kata Thanya.

Sumareh menjadi pemain ketiga dari Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1 musim ini. Sebelumnya, dua rakan sepasukan di skuad kebangsaan terlebih dahulu mengikat kontrak bersama kelab di negara tersebut.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan yang nantinya akan menjadi rakan sepasukan Mohamadou Sumareh.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?

RASMI: Mohamadou Sumareh Diumumkan Sebagai Pemain Baru Police Tero FC