Pengurus pasukan kebangsaan Korea Selatan, Choi Young-il dalam satu kenyataan selepas kembali ke tanahairnya memberitahu bahawa mereka akan menghantar bantahan rasmi kepada pihak FIFA mengenai layanan dan perlawanan ketika pertemuan dengan Korea Utara beberapa hari yang lalu.

Dalam perlawanan kumpulan H itu, Choi Young-il yang berada bersama pasukan Korea Selatan memberitahu bahawa mereka telah dihalang untuk melakukan banyak perkara dan seolah-olah ‘dikurung’ oleh tuan rumah.

Dihalang Untuk Keluar Dari Lapangan Terbang Lebih Awal

Semua pemain dan pegawai pasukan Korea Selatan dilaporkan seperti sengaja dilengahkan untuk keluar dari lapangan terbang lebih awal atas sebab yang tidak diketahui.

Berdasarkan sumber dari Chosun Ilbo, spekulasi kuat menyatakan mereka mahu pasukan Korea Selatan supaya bergerak dari lapangan terbang pada waktu malam bagi mengelakkan orang awam tahu mengenainya.

Menurut satu sumber lain, mungkin majoriti masyarakat Korea Utara tidak mengetahui berkenaan perlawanan itu atau mungkin tidak sedar langsung.

Komunikasi Dengan Pihak Luar Tidak Dibenarkan Sama Sekali

Memetik satu ciapan oleh Steve Han, pengurus pasukan Korea Selatan menceritakan mereka tidak dibenarkan sama sekali berhubung dengan sesiapa pun yang berada diluar dari kawasan hotel.

“Tiada jalan untuk kami berkomunikasi dengan orang yang berada diluar hotel penginapan. Kami tidak dibenarkan untuk berada dekat dengan pintu keluar dikawasan lobi hotel.

“Tidak seorang pun dibenarkan masuk dan hanya kami yang tinggal di hotel itu.

PC

Selain itu, pihak berkuasa Korea Utara juga turut tidak memberikan kerjasama kepada mereka.

“Mereka tidak mahu memandang kami dan tidak menjawab soalan yang diajukan.

“Saya tanya kenapa tidak ada penyokong di stadium? Salah seorang dari mereka menjawab mungkin mereka tidak mahu penyokong datang.

Permainan Yang Sungguh Kasar, Bernasib Baik Tiada Kecederaan

“Macam sedang berperang. Sepanjang saya dalam bola sepak, tidak pernah saya melihat orang yang menjerit dari tepi bangku pemain simpanan seperti itu. Ia terlalu fizikal (kasar). Mereka menggunakan siku dan tangan untuk menolak pemain kami. Kami bersyukur tiada pemain yang mengalami kecederaan.

photo_2019-10-17_09-24-03

“Kami sampai 90 minit sebelum sepak mula dan fikir akan ada 50,000 orang bersesak untuk masuk ke stadium, tetapi ia tidak dibuka. Kami tidak sabar berjumpa mereka dan pemain-pemain juga terkejut.

Penggunaan Internet Dipantau Ketat Oleh Pihak Berkuasa

Amat pelik bagaimana Korea Utara mengendalikan acara rasmi yang melibatkan pihak luar serta badan-badan dunia. Mereka seolah-olah buat tidak kisah dan mahu semua mengikut gaya mereka sahaja.

Berdasarkan keterangan yang disampaikan seperti dibawah, setiap kali para pegawai KFA meminta penggunaan internet, pihak berkuasa Korea Utara di hotel penginapan akan membawa kabel ke bilik dan berdiri dibelakang sambil memerhatikan paparan komputer bagi memantau email yang dihantar ke Korea Selatan.

Selepas siap menggunakannya, pihak berkuasa akan mengambil kembali kabel tersebut!

DVD Rakaman Perlawanan Berkualiti Rendah Diserahkan

Seperti yang dilaporkan oleh Sport Chosun, DVD rakaman perlawanan diantara Korea Utara bertemu Korea Selatan telah diberikan kepada stesen televisyen KBS.

Namun, pihak KBS (pada waktu itu) masa belum memberikan kata putus samada mahu menyiarkannya atau pun tidak disebabkan oleh kualiti video itu yang ‘low resolution‘ atau hanya memiliki kualiti standard biasa sahaja.

Menurut kemaskini semasa, video tersebut tidak akan disiarkan oleh KBS sebagai siaran tertunda kerana kualiti video itu tidak sesuai dengan ‘kecanggihan’ televisyen moden sekarang.

Walaupun begitu, pihak KBS2 mungkin akan menyiarkannya sekitar jam 5 petang nanti atau menerbitkannya menggunakan platform atas talian.

Beginilah keadaan yang terpaksa ditanggung oleh skuad Korea Selatan yang turun ke Pyongyang bagi perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 beberapa hari lalu.

Ada banyak lagi tindakan dan juga perkara yang tidak logik berlaku disana yang boleh dikatakan tidak bertamadun yang masih diamalkan oleh Korea Utara ketika ini.

Baca juga artikel lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk tatapan anda sepanjang hari.

Son Heung-min: Pemain Korea Utara Sangat Agresif

Chanathip Songkrasin Dijangka Cergas Menjelang Final Levain Cup 2019, Sedia Diturunkan Bertemu Malaysia

7 Pemain Malaysia Berisiko Digantung 1 Perlawanan Jika Kutip Kad Kuning Bertemu Thailand

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group