Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan badan pentadbir Liga Indonesia merancang untuk mengadakan kejohanan pra musim sebelum sepak mula musim baharu Liga 1 dan Liga 2.

Kejohanan ini akan berlangsung pada bulan Mac atau April dan disertai oleh 20 pasukan sebagai perlawanan pemanas badan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain.

Lebih melucukan, pengurus Arema FC, Ruddy Widodo bersetuju jika kejohanan pra musim itu dinamakan sebagai ‘Upin Ipin Cup’ asalkan ia dibenarkan berlangsung.

Upin & Ipin ialah sebuah rancangan kartun dari Malaysia dan ia juga sangat popular dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia.

“Ibaratnya, (bola sepak Indonesia) baru saja bangun dari tidur di waktu lama. Kalau boleh memang harus ada kejohanan dulu sebelum pertandingan liga. Apa nama pun, Upin Ipin Cup atau apa-apa, kami sangat setuju,” katanya.

Ini membuktikan populariti Upin & Ipin masih kuat di Indonesia walaupun kartun tersebut tidak berkaitan dengan bola sepak.

Namun begitu, penerbit rancangan Upin & Ipin iaitu Les’ Copaque Production Sdn Bhd juga merupakan salah satu penaja utama untuk program pembangunan bola sepak akar umbi Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS Soccer School.

Tak mustahil mereka dijemput sebagai penaja rasmi kejohanan pra musim Ipin Upin Cup di Indonesia jika ia menjadi kenyataan sekaligus mengukuhkan lagi jenama animasi tempatan di negara itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bintang Muda Indonesia, Bagus Kahfi Sah Sertai FC Utrecht

RASMI: Portimonense SC Tandatangan Hirosawa Toki, Pemain Pertahanan Juara Sekolah Tinggi Jepun

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets