Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengkritik bola sepak negara, Khalid Ali dan Datuk Jamal Nasir kembali menjadi sorotan apabila kedua-dua bekas pemain skuad kebangsaan ini mempersoalkan keputusan Datuk Ong Kim Swee untuk tidak menyenaraikan Safawi Rasid bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2019.

Menurut laporan Harian Metro, Khalid berpendapat mustahil untuk seorang pemain yang sedang berada dalam prestasi terbaik tidak disenaraikan atas alasan penat.

Pengkritik

Safawi Rasid ketika menjaringkan gol kedua pada pertemuan menentang Indonesia. Sumber Gambar: PFAM

“Satu keputusan yang tidak masuk akal apabila pemain yang sedang berada pada tahap prestasi terbaik, diketepikan dengan alasan pemain itu penat.

“Sebelum ini kita bermain di tempat sendiri. Itupun sukar kita nak meraih pingat emas, ini pula beraksi di Filipina tanpa tonggak yang berjaya meledak gol ketika bertemu Indonesia. Mungkin Safawi mahu bermain cuma apabila tidak disenaraikan, dia tidak mahu komen dan menghormati keputusan itu. Malah, sebagai pemain sudah pasti setiap individu mahu bermain jika diberikan kesempatan.

“Safawi berada dalam kemuncak prestasi dan dia perlu bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk menyarung jersi kebangsaan. Jika saya adalah jurulatih, sudah tentu saya mahukan lebih ramai pemain berpengalaman dan bagus untuk dibawa ke Sukan Sea,” katanya.

Pengkritik

KUANTAN 07 AUGUST 2016. (Sukan BH) Bekas pemain bolasepak Kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail. NSTP/ZULKEPLI OSMAN

Seorang lagi pengkritik, Datuk Jamal Nasir pula berpendapat penat tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyarung jersi pasukan negara lebih-lebih lagi beraksi di pentas antarabangsa.

“Penat bukan alasan yang patut diberikan oleh pemain profesional kerana kerjaya kita adalah bermain bola sepak, malah rehat selama 72 jam saja sudah mencukupi untuk pulih,” katanya.

Tatkala dua bekas pemain ini mengkritik keputusan Datuk Ong Kim Swee, namun rata-rata peminat bola sepak tanah air menyokong keputusam Datuk Ong kerana Safawi mempunyai musim yang panjang baik bersama kelab ataupun pasukan kebangsaan tahun ini.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Ketiadaan Safawi Rasid Buka Peluang Kepada Pemain Muda Yang Lain

Yeyen Tumena Sifatkan Safawi Rasid Pemain Yang Punyai Bakat Luar Biasa

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group