Sejak menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Belgium Jupiler Pro League iaitu Sint-Truidense dengan tanda harga €2 Juta, wonder kid Korea Selatan, Lee Seung-woo masih gagal untuk membuat sebarang penampilan bersama pasukan senior mahupun skuad pembangunan kelab tersebut.

Baru-baru ini, pengendali Sint-Truidense, Marc Brys mendedahkan mengapa beliau tidak memberikan peluang kepada pemain lulusan akademi Barcelona, La Masia itu untuk beraksi bersama pasukan senior. Menurt Brys, pemain berusia 21 tahun itu mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai semangat untuk membantu pasukan.

Pengendali
Sumber Gambar: Xe Va The Tao

Brys pernah menghalau Seung-woo daripada sesi latihan kerana pemain itu bercanggah pendapat dan kemudiannya bergaduh dengan pengendali berusia 57 tahun itu. Bekas pemain Hellas Verona itu lantas memberi penjelasan mengenai perkara yang berlaku.

“Saya berbalah kerana mempunyai pendapat yang berbeza dengan jurulatih saya ketika menjalani sesi latihan. Ianya hanya pernezaan pendapat yang kecil dan bukan satu masalah besar.

“Saya mahu membuat persiapan rapi kerana saya telah berlatih dengan bersunggu-sungguh. Saya juga mahu menyesuaikan diri dengan pasukan baharu,” kata Seung-woo.

Pengendali
Sumber Gambar: Sint Truidense

Brys kemudiannya menyatakan beliau mempunyai ramai barisan pemain dan perlu membuat pilihan mengenai pemain mana yang akan diturunkan berdasarkan komitmen yang ditampilkan ketika sesi latihan.

“Saya mempunyai seramai 29 pemain dan oleh sebab itu saya perlu membuat pilihan. Kami singkirkan beberapa pemain daripada senarai berdasarkan prestasi pada perlawanan sebelumnya serta komitmen yang ditampilkan ketika sesi latihan,” katanya menurut laporan thetao247.

Seorang lagi pemain dari rantau Asia yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim lalu, Nguyễn Công Phượng juga menghadapi kesukaran untuk tampil bersama skuad senior Sint-Truidense.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi bersama Sint-Truidense di sini:

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram

Impak Kemasukan Nguyen Cong Phuong, Jumlah Pengikut Laman Sosial Sint-Truidense VV Naik Mendadak

Sint-Truiden Tandatangani Pemain Korea Selatan, Lee Seung-woo