Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh sah menyertai kelab Thai League 1, Police Tero setelah pasukan Pahang gagal untuk membayar gaji beliau.

Namun, setelah melengkapkan perpindahan ke Police Tero, kelibat Sumareh bersama pasukan baharunya masih belum kelihatan dan ramai pihak tertanya-tanya mengenai status terbaru pemain itu. Pengendali Police, Rangsan Viwatchaichok baru-baru ini memberikan komen mengenai pemain naturalisasi pertama negara itu.

“Ketika ini saya masih belum tahu bila Sumareh akan menyertai pasukan. Mungkin sedikit lambat ataupun bulan hadapan? Ini kerana beliau masih lagi perlu menyelesaikan beberapa perkara mengenai penerbangan beliau ke sini.

“Jadi untuk masa sekarang apa yang saya perlu lakukan ialah mempersiapkan pasukan. Mengenai hal Sumareh, kita perlu tunggu sehingga beliau menyertai kami di sini,” kata Rangsan.

Police Tero yang tidak diperkuatkan oleh tiga pemain import mereka mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Ratchaburi Mitr Phol dalam perlawanan Thai League 1 Sabtu lalu.

Pemain pertahanan negara, Dominic Tan diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau digandingkan dengan pemain dari Korea Selatan, Kwon Dae-hee di bahagian pertahanan.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

Khalid Ali: Perpindahan Sumareh Ke Police Tero FC Sekadar Satu Persinggahan, Tempoh Bertenang Sebelum Ke Pasukan Lain

FAM ‘Reject’ Permohonan FA Thailand Untuk Dapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Sumareh Ke Police Tero FC