Pengendali BG Pathum United, Dusit Chalermsan menyambut baik kehadiran ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda yang bakal menyertai pasukan itu musim hadapan.

Setelah bergelut bersama Shimizu S-Pulse dalam saingan J. League, BG Pathum mahu membawa pulang Teerasil bagi memperkuatkan jentera pasukan memandangkan mereka mempunyai peluang cerah untuk layak ke saingan AFC Champions League (ACL) 2021.

Pengendali

Teerasil Dangda beraksi bersama Shimizu S-Pulse musim ini. Sumber Gambar: Twitter

“Memang betul pihak pengurusan membuat tawaran sebanyak THB24 juta (sekitar RM3.2 Juta). Sebagai pengendali, bagus untuk pasukan mendapat penyerang berkualiti seperti Teerasil,” kata Dusit.

Musim ini, Teerasil beraksi bersama Shimizu S-Pulse setelah berhijrah dari Muangthong United. Akan tetapi, penyerang berusia 31 tahun itu sedikit bergelut dimana beliau sering memanaskan bangku simpanan.

Meskipun berjaya membantu Sanfrecce Hiroshima memenangi saingan J1 pada 2018, namun beliau gagal untuk mengekalkan prestasi cemerlang.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United dan Teerasil Dangda di sini:

Teerasil Dangda Kembali Ke Thai League, Sertai BG Pathum United Dengan Kontrak 3.5 Tahun

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Portal Sukan Thailand Ini Dedahkan 39% Penonton ‘Live Streaming’ BG Pathum United Bertemu Buriram United Adalah Dari Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group