Kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Home United kini dikenali sebagai Lion City Sailors Football Club mulai musim 2020 selepas diambil alih oleh pemilik syarikat Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena) iaitu Forrest Li.

Forrest Li juga merupakan pemilik dan pengasas platform e-dagang popular di Asia iaitu Shopee dan pengambilalihan itu menjadi satu petanda perubahan bagi bola sepak Singapura.

“Kami bangga dapat jadi sebahagian daripada syarikat Singapura yang memainkan peranan penting untuk mengangkat bola sepak tempatan ke peringkat yang seterusnya.

“Dengan menyatukan kelab yang mempunyai warisan yang kaya, peminat luar biasa, serta organisasi yang hebat, kami berhasrat untuk menjadikan Lion City Sailors FC sebagai penanda aras baru untuk kecemerlangan bola sepak di Singapura dan rantau ini,” katanya Forest Li dipetik dalam Channelnewsasia.

Forrest Li's first speech as Chairman of LCSFC

The opening speech by the Chairman of LCSFC himself, Mr Forrest Li.

Posted by Lion City Sailors Football Club on Thursday, 13 February 2020

Forest Li bukanlah nama asing dalam bola sepak Singapura. Jutawan yang berusia 42 tahun itu merupakan anggota majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sejak 2017 dan menyertai jawatankuasa pengurusan Home United tahun lepas.

Walaupun kali terakhir kelab yang dikenali dengan gelaran The Protectors itu menjulang piala liga ialah pada 2003 dan ia mengakhiri musim SPL lalu di tangga keenam Daripada sembilan pasukan yang bertanding, cita-cita kelab itu kini lebih jelas dengan pengambilalihan ini. Home United juga menjuarai Piala Singapura sebanyak enam kali.

“Sebagai peminat bola sepak, saya tahu bahawa Singapura mempunyai komuniti besar yang suka sukan bola sepak, dan harapan kami ialah Lion City Sailors akan mengembalikan semangat itu dan menyalakan era baru untuk bola sepak tempatan.

“Kami tidak sabar untuk membawa kelab ini meraih pelbagai kejayaan,” tambahnya.

lion-city-sailors

FOTO: SEA

Kelab tersebut juga akan mendapatkan beberapa pemain hebat, termasuk bekas kapten Australia dan bekas jurulatih kebangsaan Australia, Aurelio Vidmar. Mereka juga diperkuatkan oleh penjaga gol skuad Singapura, Hassan Sunny, pemain tengah Shahdan Sulaiman dan penyerang Gabriel Quak.

Kesemua pemain itu difahamkan ditawarkan kenaikan gaji dan akan menerima gaji bulanan lumayan.

lion-city-sailors-lcs-new-kit-2

Antara pemain Lion City Sailors FC

Sasaran kelab itu pada musim ini ialah menjuarai Liga SPL sekaligus mendapat tiket automatik beraksi dalam saingan AFC Champions League pada tahun 2021. Mereka juga akan menyertai Asean Club Championship (ACC) pada tahun ini.

Lion City Sailors FC akan memulakan aksi pertama Liga SPL menentang juara bertahan, Brunei DPMM pada 29 Februari ini.

Baca artikel lain untuk mengetahui perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelab V-League, Sài Gòn FC Dan FC Tokyo Jalin Kerjasama Tubuhkan Akademi Bola Sepak

Roberto Siucho Sudah Terima Pasport China, Pemain Kacukan Peru-China Beraksi Untuk Guangzhou Evergrande

JFA Rancang Buka Pejabat Di Eropah Untuk Memberikan Kemudahan Kepada Lebih 50 Pemain Jepun

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group