Pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Hans Jurgen Gede dilaporkan tidak mahu menyambung kontrak baru untuk meneruskan khidmat dengan VFF mengikut artikel dari TheThao247, semalam.

Kontrak Hans Jurgen Gede, pengarah teknikal yang berasal dari Jerman itu akan tamat pada 30 Jun 2020 nanti tetapi beliau tidak berminat untuk menyambung kontrak baru selepas 4 tahun menabur bakti di Vietnam.

Beliau yang mula dilantik untuk mengisi jawatan itu pada 20 Jun 2016, telah berjaya mengecapi banyak kejayaan dalam tempoh 4 tahun terkini, tetapi paling memberikan kesan adalah dengan membawa Park Hang-seo mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam serta skuad U23.

pary_cduy
Gandingan ketua jurulatih Park Hang-seo dan pengarah teknikal VFF, Hans-Jürgen Gede berjaya memacu bola sepak Vietnam beberapa tahun ini.

Diantara pencapaian yang dicapai oleh Vietnam sejak Hans Jurgen Gede memegang jawatan itu adalah;

  • FIFA World Cup U17 2017
  • Naib Juara AFC U23 2018
  • Juara AFF Suzuki Cup 2018
  • Juara Sukan SEA 2019

Jasa besar Hans Jurgen Gede sebenar adalah lebih terarah kepada pemain-pemain muda yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi menyumbang tenaga untuk skuad kebangsaan seperti Phan Van Duc yang kini tunjang utama skuad Park Hang-seo.

Hans Jurgen Gede sebelum ini pernah menyambung kontrak beliau sekitar tahun 2018 dan kehilangannya selepas ini bakal menyaksikan Vietnam dalam keadaan terdesak untuk mencari pengganti yang bukan sahaja profesional tetapi juga mampu blend dengan budaya bola sepak Vietnam itu sendiri.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Kembar Kacukan Malaysia-Australia Kini Beraksi Dengan Skuad Remaja FC Den Bosch, Kelab Liga Divisyen 2 Belanda

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.

Sumber