Semalam Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan jurulatih dari Jepun, Yusuke Adachi sebagai pengarah teknikal selama 3 tahun. Beliau yang pernah membimbing Yokohama FC ditugaskan untuk membangunkan program di peringkat akar umbi.

Adachi mempunyai misi besar untuk memastikan Vietnam menjadi antara pasukan gergasi di Asia setanding Jepun, Korea Selatan dan Australia. Malah, beliau juga mempunyai cita-cita untuk melihat Vietnam mengalahkan pasukan negara kelahirannya satu hari nanti.

“Mengalahkan Jepun merupakan impian saya. Saya tahu Jepun telah mengambil masa selama 30 tahun untuk membangunkan bola sepak mereka. Mungkin, kita akan kalahkan Jepun dalam masa terdekat.

“Vietnam adalah pasukan yang mempunyai potensi besar. Saya fikir 30 tahun yang akan datang, Vietnam akan sentiasa kalahkan Jepun. Saya bukan ahli silap mata, tetapi dengan potensi yang ada, saya yakin Vietnam boleh melakukannya,” katanya dipetik dalam Bongdaplus. 

Nguyen Cong Phuong

(Foto: Vietnam Insider).

Adachi juga sudah merangka beberapa pelan pembangunan untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti. Beliau sebelum ini pernah terlibat dalam program akar umbi bola sepak Hong Kong.

“Rancangan pertama ialah mempelajari budaya bola sepak Vietnam. Kami akan bertemu semua jurulatih dan bertukar-tukar pandangan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

“Saya selesa bekerja dengan Park Hang Seo (jurulatih Vietnam) dan Phillippe Troussier (jurulatih Vietnam B-19). Encik Park telah melakukan kerja yang bagus. Dia juga faham budaya bola sepak Vietnam lebih baik daripada saya. Begitu juga dengan encik Troussier.

“Kami akan bekerjasama mencari jalan terbaik untuk membantu program pembangunan bola sepak Vietnam,” tambahnya.

Bagaimanapun, Adachi turut berpendapat pemain Vietnam ketika ini belum layak beraksi di eropah kerana mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan mental.

Malah, beliau juga turut menyebut nama Malaysia sebagai contoh pasukan dari asean yang dahulu sering mengalahkan Jepun.

“Pada pendapat saya, pemain Vietnam ini ada skill tetapi kalau dibandingkan dengan pemain eropah, Vietnam belum layak lagi. Namun, orang Vietnam jenis yang bekerja keras dan saya nampak potensi besar dalam bola sepak Vietnam berbanding negara lain.

“Lihat Jepun sekarang, selepas 30 tahun, daripada negara yang sering kalah ketika lawan Hong Kong dan Malaysia, kini Vietnam telah menewaskan semua negara di benua Asia. Ini adalah hasil kerja keras.

“Saya tak tahu bila Vietnam akan jadi seperti Jepun tetapi kita akan berusaha ke arah itu, cepat atau lambat,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Skuad Indonesia B-19 Jadi Mangsa Belasahan Croatia Di Eropah

Penjaga Gol Import Semakin Popular Dalam Saingan J. League

Tawaran Beraksi Bersama Leicester City Dan OH Leuven Menanti Tiga Bintang Muda Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group