Seperti yang diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) pada 20 Febuari 2021 yang lalu, saingan Liga Malaysia akan membuka tirai pada 5 Mac ini untuk saingan Liga Super dan 6 Mac bagi aksi Liga Premier.

Kurang 14 hari dari tarikh sepak mula itu, pasukan Selangor FC 2 dilihat seperti menggunakan khidmat pengarah teknikal kelab iaitu Michael Feichtenbeiner dalam skuad ini yang mungkin berperanan sebagai jurulatih.

Berdasarkan kriteria P.17 dalam dokumen Peraturan Perlesenan Kelab MFL Edisi 2021 dan Peraturan Perlesenan Kelab di laman web FAM, pengarah teknikal tidak boleh sesebuah kelab tidak dibenarkan untuk memegang jawatan lain dalam satu organisasi yang sama seperti yang terkandung dalam perkara 5.

Screenshot 2021-02-23 at 11.34.05 PM
Penerangan Kriteria P.17 berkaitan Pengarah Teknikal yang diambil dari laman web FAM – Peraturan Perlesenan Kelab FAM.

Setakat ini masih tiada lagi sebarang pengumuman mengenai siapakah ketua jurulatih pasukan Selangor FC 2 dan ini telah mengundang pelbagai persoalan serta andaian mengenai status jawatan tersebut.

Apabila merujuk kepada Manual Liga Malaysia 2021 yang dikeluarkan oleh MFL juga ada menyebut bahawa kelab WAJIB mendaftar pegawai-pegawai seperti yang terkandung dalam perkara 4.2 Kelayakan Dan Pendaftaran Pegawai.

Screenshot 2021-02-23 at 11.41.59 PM

Pada musim lalu, perkara seperti ini dilaporkan telah menerima sedikit kelonggaran atas beberapa faktor namun bagi tahun 2021 ini ia tidak sepatutnya berlaku.

Adakah pengarah teknikal Selangor FC, Michael Feichtenbeiner yang banyak ‘dilabelkan’ sebagai ketua jurulatih Selangor FC 2 dalam paparan media menjalankan 2 peranan berbeza pada masa yang sama?

Ssehingga kini masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu kurang 2 minggu dari sepak mula aksi Liga Premier 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United