Tiada keraguan lagi, Barcelona sudah memulakan langkah untuk memburu Lautaro Martinez dari Inter Milan.

Lutaro Martinez menjadi keutamaan utama Barcelona untuk digandingkan dengan Lionel Messi di bahagian hadapan.

Barcelona menyedari bahawa, harga Lautaro Martinez adalah sangat mahal. Dan mereka mulai menilai beberapa opsyen untuk mendapatkan pemain tersebut.

Antaranya cuba menawarkan menyertakan pemain di dalam pembelian mereka. Selain itu laporan terbaru menyatakan Barcelona sedia melepaskan Ousmane Dembele dengan dengan harga lelong.

Mereka akan medapat sedikit dana dan mengurangkan struktur gaji pemain mereka ketika ini.

Semuanya kelihatan agak sukar. Kerana Antonio Conte sudah menyatakan bahawa beliau tidak mahu menjual Lautaro Martinez.

https://twitter.com/i/status/1265784501659205632

Terbaru, Pengarah Sukan Inter Milan, Piero Ausilio memberitahu bahawa, Barca ada menghubungi mereka. Namun Inter Milan menyatakan mereka tidak mahu menjual Lautaro.

Jika Barca mahukan Lautaro maka, mereka boleh membayar klausa pelepasan pemain tersebut. Ini kerana jika klausa pelepasan dibayar, Inter Milan tidak boleh berbuat apa apa, jika pemain tersebut setuju mengaktifkan.

Ausilio memberitahu Sky Sport Itali: “Lautaro Martinez bukan untuk dijual. Barcelona ada menghubungi kita, dan kami ada hubungan yang sangat baik.”

“Namun kami sudah memberitahu mereka bahawa kami tak akan jual Lautaro.”

“Jika mereka masih mahukan beliau, Barca haruslah membayar penuh klausa pelepasan.”

Lautaro Martinez setuju dengan kontrak lanjutan beberapa bulan yang lalu. Dan kontrak terbaru itu terkandung klausa pelepasan bernilai €111 juta.

Pemburuan Lautaro ini juga mungkin akan memberikan impak kepada pemburuan Neymar. Adakah Barcelona akan menamatkan minat mereka ke atas Neymar?

Baca juga perkembangan lain tentang Barcelona

Barcelona Kerugian £121 Juta Kerana Koronavirus, Bayangkan Pula Kelab Kecil

Barcelona Mahu Kante Tukar Dengan Coutinho

Neymar Sedia Dipotong RM1.6 Juta Seminggu Demi Barcelona