Cristiano Ronaldo memiliki satu keraian unik iaitu dengan menjerit Siuuu. Ianya menjadi keraian yang sangat popular di dunia.

Namun baru baru ini, keraian Siuuu oleh Cristiano Ronaldo menjadi modal untuk dibahan seorang individu yang dipercayai pengarah kelab Al Nassr.

Ianya mungkin disebut dengan nada gurauan kasar oleh Pak Arab. Apa yang jelas lelaki itu benar benar kecewa, Ronaldo setakat ini masih agal menjaringkan gol ataupun mencetak sebarang assist dalam dua perlawanan.

Berikutan kekalahan 3-1 kepada Al Ittihad dalam Piala Super Saudi minggu lalu, Cristiano Ronaldo telah berdepan dengan banyak kritikan daripada peminat bola sepak termasuk dari kalangan penyokong Al Nassr sendiri.

Dalam satu lagi video tular di media sosial, seorang individu yang merupakan pengarah Al Nassr yang dikatakan telah meluahkan kekecewaannya mengenai keputusan itu.

“Keluar dari sini. Saya membelanjakan 200 juta euro dan dia [Ronaldo] hanya tahu menjerit ‘Siuuuu’ sahaja ke? Tidak mungkin,” kata lelaki yang dipercayai Pengarah Al Nassr itu.

Dia benar benar kecewa dengan kekalahan di tangan Al Ittihad selepas kelab mendapatkan mega star seperti Ronaldo.

Sebelum ini, peminat sudah menunjukkan kekecewaan mereka selepas pasukan itu tersingkir dari Piala Super Arab Saudi pada pertengahan minggu.

Malah ada yang mulai mempersoalkan keputusan kelab melepaskan Vincent Aboubakar dan mendapatkan Ronaldo.

Sementara itu, pengurus kelab baharu Ronaldo, Al Nassr, Rudi Garcia, turut menyalahkan pemain berusia 37 tahun itu turut menjadi antara punca mereka kalah di tanngan Al Ittihad.

Ketumpulan Ronaldo menyudahkan peluang di hadapan gol membuatkan pasukan mereka mendapat padah.

Rudi Garcia bagaimanapun tetap menganggap Ronaldo pemain yang sangat hebat. Dan yakin pemenang 5 Ballo d’Or itu akan kembali semula ke Eropah dan menamatkan karier di sana.

“Cristiano Ronaldo adalah tambahan positif, kerana dia membantu memecah belahkan pemain pertahanan. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.”

“Dia tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah,” kata Garcia dalam satu lagi sidang media.