Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyokong-penyokong skuad kebangsaan Indonesia mengamuk sakan selepas pemain mereka iaitu Elkan Baggott diarahkan oleh pihak penganjur kejohanan Piala AFF 2020 untuk kuarantin kerana beliau diklasifikasikan sebagai salah seorang kontak rapat.

Pemain tengah kelab Ipswich Town itu perlu menjalani kuarantin selama 5 hari sehingga 18 Disember 2021 dan berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan dalam perlawanan bertemu Vietnam malam ini.

Langkah tersebut dipercayai terpaksa diambil oleh kerajaan Singapura selepas pemain itu menaiki pesawat yang sama dari London ke Singapura dimana salah seorang penumpangnya mendapat keputusan positif varian baharu.

Apa yang mencetuskan kemarahan para penyokong Indonesia ini sebenarnya adalah kerana mereka membandingkan situasi Elkan Baggott ini dengan Safawi Rasid yang dikatakan sebagai kontak rapat Akhyar Rashid kerana berada dalam 1 bilik yang sama ketika disahkan positif.

Selain itu, Elkan Baggott juga sudah 3 kali menjalani ujian PCR dam kesemua keputusan ujian adalah negatif dan ini juga antara punca mereka mengamuk mengatakan bahawa pihak “pengajur goblok” serta “AFF Mafia”.

Hampir semua akaun-akaun media sosial rasmi Piala AFF 2020 diserang oleh penyokong Indonesia sehinggakan ada yang mencecah puluhan atau ratusan ribu komen mencerca pihak penganjur mengenai isu Elkan Baggott.

Pasukan Indonesia kini sudah beraksi dalam 2 perlawanan, mengutip 6 mata maksimum dan akan turun dalam baki 2 perlawanan lagi bertemu Vietnam (malam ini) dan Malaysia pada 19 Disember nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

VFF ‘Tabur’ Duit Bonus Kemenangan RM181,000 Selepas Berjaya Tumbangkan Malaysia

77.78% ‘Winning Rate’ Park Hang-seo Berdepan Pasukan ASEAN, Indonesia Dan Kemboja Bakal Menjadikannya 80%?

‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group