Proses pengambilalihan Newcastle United telah masuk ke fasa baharu. Di mana pihak Prince Mohammed bin Salman dan Amanda Staveley telah membayar wang pedahuluan.

Namun buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh pihak Saudi dan juga Amanda.

Tetapi laporan oleh The Times di UK mereka mendedahkan bahawa Putera Mohammed bin Salman, Mike Ashley dan Amanda Staveley sudah berbincang tentang perkara itu.

Lebih menarik apabila, selepas proses pembayaran deposit ini dibuat, The Times melaporkan bahawa, tiada pihak dibenarkan menarik diri daripada perjanjian.

Ini kerana sebelum ini Amanda Staveley pernah cuba menjadi orang tengah dalam penjualan Newcastle United, namun perjanjian itu tidak dapat diteruskan kerana ada pihak yang tarik tali.

https://twitter.com/AmericanMagpie/status/1252160832554885121

Sebelum ini, dilaporkan Mike Ashley setuju dengan penjualan £300 juta. Harga itu adalah £50 juta daripada tanda harga £350 juta diletakkan beliau sebelum ini.

Mike Ashley pernah menerima bidaan £330 juta sebelum ini, tetapi beliau menolaknya.

Berdasarkan situasi semasa, impak ekonomi daripada Covid-19 serta hilang populariti di kalangan penyokong – Mike Ashley merasakan inilah keputusan terbaik untuk beliau pada ketika ini.

Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman bakal memiliki 80% pegangan saham dalam Newcastle United. Manakala 20% lagi dibahagi dia di antara PCP Capital Partners (milik Amanda Staveley) dan Ruben Brothers.

Selepas deposit ini dibayar, pemilik baharu akan melangsaikan baki bayaran apabila mendapat kelulusan daripada pihak premier league kelak.

Ini kerana pada ketika ini semua urusan Premier League ditangguhkan kerana koronavirus.

Berdasarkan tinjauan oleh Chronicle Live di UK, ramai penyokong Newcastle teruja dan menunggu pengambilalihan ini diselesaikan dengan jayanya pada kali ini.

Baca perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL

Messi Lebih Baik Dari Ronaldo

PSG Sedia Tawar Kontrak Baharu RM181 Juta Setahun